Mawar Putih dan Mawar Merah
Mawar Putih dan Mawar Merah bersaudara tiri. Mereka ialah anak yatim. Ayah
mereka telah meninggal dunia. Ibu Mawar Putih bernama Mak Cempaka. Ibu Mawar
Merah bernama Mak Anggerik.
Mawar Putih dan ibunya baik hati
dan ringan tulang. Mawar Merah dan ibunya sangat jahat. Mereka selalu
mencaci dan mendera Mawar Putih dan ibunya.
Pada
suatu hari, Mak Anggerik telah menolak Mak Cempaka ke dalam sungai. Mak Cempaka
mati lemas kerana tidak tahu berenang.
Beberapa
hari kemudian, Mawar Putih ternampak sebuah buaian tergantung di dahan pokok
beringin. Mawar Putih duduk di buaian itu lalu menyanyi dengan suara yang
begitu merdu.
Pada
ketika itu, seorang putera raja sedang berburu. Baginda sangat tertarik
mendengar nyanyian tersebut dan meminta Bendahara pergi menyiasat.
Puera
raja ingin mendengar Mawar Putih menyanyi lagi. Bendahara memberitahu Mak
Anggerik akan hajat putera raja. Mak Anggerik yang tamak haloba itu telah
membawa Mawar Merah ke buaian untuk menyanyi. Malangnya, Mawar Merah tidak
pandai menyanyi. Putera raja sangat murka.
Akhirnya,
Mak Anggerik membawa Mawar Putih ke buaian. Mawar Putih menyanyi di atas
buaian. Suaranya sangat
merdu. Putera raja jatuh cinta kepada Mawar Putih.
Putera
raja dan Mawar Putih berkahwin dan hidup bahagia. Mak Anggerik dan Mawar Merah
telah dipenjara kerana cuba menipu putera raja.
Anak yatim - anak yang tidak berbapa
Baik hati - suka menolong, mudah simpati dan pengasih
Ringan tulang - rajin bekerja
Merdu - enak, sedap didengar
Murka - marah, meradang
Baik hati - suka menolong, mudah simpati dan pengasih
Ringan tulang - rajin bekerja
Merdu - enak, sedap didengar
Murka - marah, meradang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan